1.0 Pengenalan
Berfikir ialah proses semula jadi. Kita sering kali ditekankan oleh orang yang lebih berkuasa untuk lebih berfikir dan “menggunakan akal” tetapi apa sebenarnya yang perlu kita ketahui adalah bagaimana untuk melakukan proses berfikir secara teliti serta kemahiran berfikir secara reflektif. Kerana individu hari ini sudah terbiasa dengan jawapan yang mudah dan jalan penyelesaian yang sedia ada untuk digunakan sedangkan masalah dan cabaran dalam kehidupan adalah sukar dan kompleks.
Oleh itu, masalah ini sebenarnya memerlukan kita memupuk pemikiran lebih mendalam dan bukan hanya sekadar berfikir di peringkat permukaan contohnya pengurusan dalam organisasi antara pengurus yang bernama Janice dan pekerjanya Rogers yang telah bekerja di syarikat GHJ selama hampir 15 tahun dan rogers sukakan pekerjaannya kerana rakan-rakannya yang ramah dan suka membantu.Dengan tempat kerja terletak berhampiran dengan rumahnya. Walau bagaimanapun, dia tidak begitu gembira kerana pengurus yang baru itu sangat keras kepala. Dia tidak sopan ketika membuat permintaan dari orang bawahannya untuk melakukan tugas. Bila Janice iaitu penurusnya yang tidak berpuas hati dengan kerja yang disiapkan oleh kakitangannya, dia boleh sahaja meledak dengan kemarahan di hadapanumu. Ini telah menjadikan Rogers berfikir sama ada untuk terus bekerja atau berhenti,dalam konteks ini kita membincangkan isu, masalah kes tersebut dan penyelesaian kepada masalah ini dan apa-apa model atau teori dan strategi serta kenalpasti apa-apa model . Antara objektif yang boleh dibincangkan adalah :
i. Untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif para pelajar
ii. Untuk mendedahkan pelajar kepada pelbagai cara penyelesaian masalah yang yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
iii. Dan pelajar boleh memberi idea dan pandangan dengan menggunakan sumber yang berkaitan.
iv. Untuk mengenalpasti masalah isu kes yang perlu diatasi dan menyelesaikan masalah.
v. Mengenalpasti strategi yang boleh digunakan dan berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh Rogers.
Perlu difahami bahawa setiap nilai pembacaan paling berharga bukannya informasi yang kita perolehi tetapi apa sebenarnya yang kita fahami dan fikir serta bagaimana kita memproses informasi semasa membaca. Oleh yang demikian pilihan bahan pembacaan sangat penting untuk diambil kira kerana seseorang perlu fahami bahawa objektif utama membaca bukan untuk memenuhkan minda dengan informasi tetapi untuk memberi ruang untuk minda berfikir dan membuat pertimbangan. Pembaca perlu berhenti seketika dari semasa ke semasa untuk meneliti dan membuat kesimpulan tentang apa yang telah dibaca. Ini akan merangsang proses pemikiran serta berupaya mengaplikasikan apa yang telah dibaca dalam kehidupan seharian. Kejelasan ialah kuasa dan ia lahir daripada berfikir.
Manusia bukan hanya perlu berfikir tetapi perlu memikirkan dengan lebih mendalam tentang pilihan dan kearah kehidupan mereka. Masa ialah sumber paling berharga yang seseorang individu ada. Dipercayai kehidupan seseorang itu ialah jumlah keseluruhan apa yang dilakukan dengan masa tersebut. Oleh itu, sesungguhnya amat berharga melabur lebih banyak masa dalam proses berfikir secara mendalam dan konstruktif.