Kajian yang dijalankan adalah berbentuk diskriktif . Kajian ini dilakukan untuk mengkaji berkaitan dengan persepsi /pandangan serta pengalaman( dapatan ) melakukan sesi kaunseling melalui e kaunseling .Bagi mencapai objektif kajian ini, pengkaji telah menjalankan kajian soal selidik dalam talian ke atas 93 orang kaunselor 19 lelaki dan 72 perempuan yang terdiri daripada kaunselor yang mempunyai sekurang kurangnya Master Degree dengan menggunakan e kaunseling . Soalan soal selidik dalam talian menggunakan skala Likert(________________________________________________________) , 2 soalan terbuka berkaitan dengan kebaikan e kaunseling , serta mengandungi 49 soalan , mengambil masa selama 15 minit untuk menyiapkan nya. Artikel yang diterbitkan ini juga dilihat lengkap dengan sorotan literatur kajian yang lepas dan setiap rujukan kajian dipetik daripada bahan atau data yang benar dan kukuh serta mempunyai rujukan bibliogra? yang tepat.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh penulis dalam kajiannya, dilihat bahasa penggunaan e kaunseling ini semakin berkembang dan setanding dengan sesi kaunseling secara bersemuka. Pengkaji juga melihat kepada prosess dan dapatan , pada masa yang sama, difokuskan kepada kepuasan klien yang menjalani sesi kaunseling dalam talian adalah sama seperti menjalani sesi kaunseling secara bersemuka.
Sekiranya dilihat daripada definisi e- kaunseling itu sendiri ,kajian ini menyatakan e-kaunseling ialah , perkhidmatan teraputik yang dilakukan oleh pembantu professional melalui teks, audio, dan video sahaja. Email merupakan kaedah yang selalu digunakan dalam menjayakan e kaunseling (Ainsworth,2004;Matheu & Gordon,2000; Rochlen et al., 2004; Stofle,2001). Sedangkan dilihat dari sudut yang mendalam ia, bukan sahaja menggunakan kaedah yang berbeza , malahan ia lebih sesuai digunakan kepada pesakit kesihatan mental
Etika dan undang – undang
Pengkaji menyatakan kaunseling dalam talian mempunyai etika yang sama seperti kaunseling bersemuka dan semestinya cabaran yang dilalui adalah berlaian .
Perkataan “counsumer” yang digunakan di dalam petikan, apabila menjalankan sesi kaunseling dalam talian memberikan pandangan dan maksud yang berbeza. Ia seakan lari daripada
Bagaimana kajian ini mengukur tahap efektif bagi kaunseling dalam talian?
Dapat dilihat melalui hasil keputusan soal selidik yang kurang jelas.
1) Proses kaunseling yang dilakukan tidak mencapai tahap yang ditetapkan. Mana mungkin sesuatu isu dapat diselesaikan dengan hanya satu sesi sahaja. Hasil keputusan menunjukkan bahawa, 47% yang menjalani sesi kaunseling hanya sekali melalui chat dan 21% melalui email, dan selebihnya membuat sesi hampir 10 kali. Berbalik kepada proses kaunseling yang dikonseptualisasikan sebagai proses yang interaktif yang melibatkan kaunselor profesional dengan klien bagi tujuan untuk tingkatkan tahap fungsi klien. Kaunselor dan klien akan bekerjasama dalam cara yang kolaboratif, membantu klien berkembang dan perubahan dengan mengenal pasti matlamat, membangun cara pemahaman baru , mengatasi masalah, dan belajar menggunakan dalaman dengan sumber yang lebih berkesan. Apabila mula bekerja dengan klien , adalah penting untuk diingat bahawa proses kaunseling sentiasa melibatkan langkah-langkah berikut, tanpa mengira orientasi teori terhadap tahap atau pengalaman klinikal, atau kerumitan masalah klien. Terdapat 5 peringkat yang wajib dilalui oleh kaunselor dalam menjalankan sesi kaunseling bagi memastikan sesi ini berjalan dengan lancar:
1) Membina hubungan dari segi kepercayaan dengan klien
2) Mengenalpasti masalah ( kaunselor memahami dengan lebih mendalam )
3) Tetapkan matlamat dan strategi untuk mencapai matlamat
4) Mengambil tindakan
5) Penamatan serta follow up
Adapted from, Favier, C., Eisengart, S., Colonna, R., The Counselor Intern’s Handbook, (Belmont, CA: Brooks/Cole, Cengage Learning, 2004) pp. 66-67, and also from, Neukrug, E., The World of the Counselor: an Introduction to the Counseling Profession, (Belmont, CA: Brooks/Cole, Cengage Learning, 2012) pp. 170-173.

Perkhidmatan yang digunakan:
Email :Kebanyakkan kaunseling dalam talian menggunakan email sebagai medium untuk berhubung . Hasil keputusan kajian ini menunjukkan 87% yang menggunakan email. Tetapi , sekiranya dilihat dari kesan negetifnya, klien boleh menahan penggunaannya e-mel atau penolakan tugasan e-mel (Yager, 2003). Hal ini juga salah satu faktor berlakunya penamatan sesi lebih awal dan sesi tidak berjalan mengikut proses yang ditetapkan .Chat /Sembang :Hasil keputusan menunjukkan 88% yang menggunakan ia sebagai medium kaunseling dalam talian. Sistem pemesejan segera berasaskan web yang selamat boleh menjadi sukar untuk dilaksanakan (Manhal-Baugus, 2001). Hal ini memerlukan waktu yang sesuai untuk mengatur masa bercakap (Maples dan Han, 2008). tambahan sekiranya klien berada dalam zon yang berbeza (Suler, 2000). Di samping itu, dengan mod komunikasi yang disegerakkan, seperti perbualan peribadi dan mesej segera, kurang masa antara pertukaran untuk berfikir dan menyusun jawapan
Video :Sebanyak 9% sahaja yang menggunakan video untuk berhubung dengan kaunseling dalam talian
Suler (2000) menggariskan beberapa kelemahan yang berkaitan dengan penggunaan persidangan video:
• Memerlukan peralatan tambahan, pengetahuan teknikal dan internet yang cepat
sambungan untuk berfungsi dengan cekap
• Sesetengah pelanggan mungkin kurang ekspresif apabila bersemuka dengan ahli terapi atau mungkin
menjadi lebih tidak selesa dengan isyarat visual / auditori yang terlalu banyak
• Menyimpan rekod fail audio-visual menggunakan banyak ruang storan
Kebimbangan teknikal, seperti kualiti audio dan video yang lemah dan lag dalam audio dan video
penghantaran, juga boleh menjejaskan kaunseling yang dijalankan melalui videoconferencing (Lewis, Coursol, ; Wahl, 2003)
2) Persepsi terhadap keberkesanan kaunseling dalam talian dilihat melalui perbandingan kaunseling dalam talian dan kaunseling secara bersemuka. Majoriti 55% menyatakan kaunseling dalam talian mempunyai keberkesananan yang sama dengan kaunseling bersemuka, 36% menyatakan kurang berkesan dan 9% menyatakan kaunseling dalam talian lebih berkesan berbanding kaunseling bersemuka. Sepatutnya tidak perlu dibandingkan , kerana ia adalah satu tujuan yang sama. Menurut ____________kaunseling dalam talian tidak akan dapat menandingi proses kaunseling secara bersemuka. Menjalankan sesi kaunseling secara bersemuka adalah lebih baik , tetapi kaunseling dalam talian ini merupakan satu cara atau jalan pada masa hadapan untuk memperkembangkan bidang kaunseling kepada masyarakat umum., serta jalan mudah untuk mendapatkan bantuan .
3) Latihan dan penyeliaan
Kajian ini menunjukkan 92% kaunselor dalam talian hanya membuat bacaan sendiri dan 16% sahaja yang menghadiri latihan kaunseling dalam talian. Disini sangat jelas dilihat, bagaimana kaunselor dalam talian boleh berkesan dalam mengendalikan sesi kaunseling sedangkan pada masa yang sama, mereka setuju akan statement ” Seseorang professional kaunseling memerlukan latihan formal untuk kaunseling dalam talian . Bagi proses penyeliaan , majoriti ( 56.5%) menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai penyeliaan . Proses pengawasan merupakan bahagian penting dari pengalaman latihan kaunselor . Tujuan pengawasan adalah untuk memberi maklum balas berterusan mengenai kemahiran kaunseling dan pembangunan profesional kaunselor ,untuk mempersiapkan diri untuk sesi penyeliaan (individu dan kumpulan), menyemak sesi, dan mengenalpasti keperluan penyeliaan khusus sebelum sesi pengawasan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

4) Kerahsiaan
Majoriti 62% kaunselor dalam talian yakin bahawa sesi kaunseling ini berjalan secara kerahsiaan , 24% kurang yakin dan 14% tidak yakin . Apabila menggunakan kaunseling dalam talian , ia juga memberi kesan yang negatif :
Berkenaan dengan penyediaan perkhidmatan kaunseling dalam talian, ancaman kepada kerahsiaan wujud di dua tahap: semasa penghantaran dan pada klien dan ahli terapi berakhir (Kanani & Regehr, 2003). Selain itu, boleh menjadi kebarangkalian email boleh di godam oleh komputer (Recupero & Rainey, 2005). Berkenaan dengan kebimbangan terakhir, orang lain mungkin mempunyai akses kepada e-mel klien , seperti majikan atau ahli keluarga; Begitu juga, e-mel klien mungkin tersedia untuk kakitangan di pejabat terapis (Childress, 2000). Isu kerahsiaan juga timbul berkenaan dengan simpanan transkrip sesi kaunseling dalam talian oleh sama ada ahli terapi atau pelanggan (Mallen, Vogel & Rochlen, 2005). Perkara ini berkait rapat dengan identiti klien itu sendiri, dan keselamatan diri klien juga. Kaunselor mempunyai tugas beretika untuk memberi amaran atau melindungi jika klien membahayakan diri mereka sendiri atau orang lain (Mallen, Vogel & Rochlen, 2005). Menyampaikan kaunseling dalam talian boleh memberikan kesulitan berkenaan dengan penilaian dan intervensi kecemasan (Mallen, Vogel & Rochlen, 2005). Pertama, komunikasi Internet tidak sentiasa membenarkan kaunselor untuk menilai potensi keganasan pelanggan (Kanani & Regehr, 2003). Apabila terapi dilakukan secara tatap muka, ahli terapi di tangan untuk menilai dan menguruskan krisis psikologi (Carlbring & Andersson, 2006). Dengan kaunseling dalam talian, berpotensi untuk tidak memahami dan memberi respon sewajarnya terhadap komunikasi yang mengganggu wujud (Yager, 2003). Kedua, pengesahan identiti boleh menjadi masalah semasa bekerja dalam talian (Ragusea & VandenCreek, 2003). Seperti yang ditunjukkan oleh Griffiths (2001), sesiapa boleh log dan berbohong mengenai keadaan, umur atau identiti mereka.
Berdasarkan soalan yang diajukan juga tidak selari dengan dengan data yang diperolehi. Sebagai contoh ” saya percaya klien saya adalah di bawah umur” . Hasil yang diperolehi, ramai kaunselor menyatakan bahawa mereka tidak percaya . Dapat dilihat , kaunselor masih mempunyai keraguan dalam menjalankan sesi kaunseling dalam talian.

Persolan yang masih bermain , adalah bagaimana pengkaji boleh menyatakan di dalam kajian nya kaunseling dalam talian mencapai tahap keberkesanan setanding kaunseling secara bersemuka, serta setiap kaunselor mendapat kepuasan pengalaman dalam melakukan sesi kaunseling dalam talian Sedangkan setiap kategori yang dikaji mempunyai keraguan yang tersendiri. Baik kepada kaunselor mahupun klien itu sendiri.